Malaysia bakal buka semula kedutaan di beberapa negara

Malaysia bakal buka semula kedutaan di beberapa negara

ZAMBRY Abd. Kadir ketika sidang akhbar di Wisma Putra, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Luar dijangka membuka semula kedutaan di beberapa negara yang sebelum ini terpaksa ditutup sementara ekoran konflik ketegangan politik dalaman.

Perkara itu disahkan Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir ketika mengenai langkah Arab Saudi mahu membuka balik kedutaan di Iran dan Syria.

“Wisma Putra sudah mewujudkan satu pasukan peninjau khas diketuai Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Amran Mohamed Zin bagi mengenal pasti beberapa negara seperti Iraq, Libya dan Syria untuk dibuka balik kedutaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Malaysia bertindak menutup operasi misi diplomatiknya di Iraq pada 2003 susulan perang saudara, manakala canseri di Libya pula digantung pada 2014 ekoran konflik dalamannya.

Pada ketika ini Malaysia memiliki pejabat diplomatik di 85 buah negara sahaja termasuk Wakil Tetap di Pertubuhan Bangsa Bersatu selain ASEAN dan misi perdagangan di Taiwan.

Ini bermakna ada baki sebanyak 110 buah negara tiada misi Malaysia dengan hubungan rasmi antara kerajaan perlu diakreditasi kepada pejabat perwakilan di negara jiran tertentu.

Walau bagaimanapun, Zambry menegaskan ada beberapa negara yang Malaysia tidak membuka kedutaan atas pelbagai faktor termasuk isu prinsip dan aspek keselamatan staf antaranya Israel disebabkan pendirian tegas dasar luar Malaysia sejak merdeka manakala Korea Utara, Afghanistan dan Ukraine susulan masalah dalaman di negara itu.

Namun, beliau membayangkan Malaysia tiada masalah untuk membuka kedutaan di banyak negara dalam benua Afrika dan rantau Amerika Latin dengan mempertimbangkan banyak faktor termasuk peruntukan selain sumber manusia.

Proses pembukaan kedutaan sebenarnya bukanlah mudah dan banyak isu domestik perlu dinilai pasukan peninjau khas sebelum memuktamadkan keputusan dalam tahun ini juga.

Meskipun tidak dinyatakan secara spesifik, Zambry dipercayai merujuk pemindahan misi canseri Malaysia di Indonesia dari Jakarta ke Nusantara selain banyak negara tertentu.

Ini termasuk Myanmar yang sudah pun lama memindahkan ibu kotanya dari Yangon ke Naypyidaw, manakala ibu negara Mesir pula dari Kaherah ke tapak baharu di Wedian.

Sebelum itu, Malaysia pernah memindahkan kedutaannya ekoran perubahan lokasi ibu negara di Pakistan dari Karachi ke Islamabad dan di Kazakhstan dari Almaty ke Astana. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.