Mahkamah Rayuan Paris kekal tangguh anugerah akhir waris Sulu

Mahkamah Rayuan Paris kekal penangguhan anugerah akhir pada waris Sulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan keputusan penangguhan untuk Malaysia mengenai penguatkuasaan anugerah akhir oleh pihak yang mendakwa dirinya merupakan waris Sultan Sulu.

Sekretariat Khas bagi menangani isu tersebut berkata, mahkamah membuat keputusan tersebut selepas mendapati cabaran daripada waris Sulu terhadap perintah penangguhan tidak boleh diterima.

“Oleh itu, penangguhan yang diperoleh Malaysia pada 12 Julai 2022 untuk penguatkuasaan anugerah akhir kekal.

“Malaysia ingin mengambil perhatian bahawa perintah penangguhan yang diberikan pada 12 Julai 2022 adalah keputusan yang luar biasa dan ia berfungsi untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia bahawa timbang tara komersial yang dikatakan dimulakan oleh pihak yang menuntut Sulu adalah tanpa asas yang sah serta menjejaskan kedaulatan wilayah Malaysia,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Pada 15 April 2022, Malaysia memfailkan permintaan untuk menangguhkan penguatkuasaan anugerah akhir yang dikeluarkan oleh Dr. Gonzalo Stampa dalam Februari tahun lalu di Paris dan Pada 12 Julai tahun sama, mahkamah memerintahkan penangguhan penguatkuasaan tanpa syarat.

Kemudian, pada 27 Julai 2022, pihak yang mendakwa dirinya merupakan waris Sulu itu memfailkan tuntutan untuk mencabar terhadap perintah tersebut yang mana perbicaraan mengenainya diadakan pada 16 Januari ini.

Sekretariat tersebut memberi jaminan bahawa Malaysia akan terus mempertahankan dirinya dalam perundangan bagi menentang semua bentuk undang-undang yang dimulakan oleh pihak musuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN