Lima lagi lebuh raya setuju laksana sistem pembayaran terbuka

Lima lagi lebuh raya setuju laksana sistem pembayaran terbuka

ALEXANDER NANTA LINGGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lima lagi lebuh raya bersetuju  mengambil bahagian dalam pelaksanaan sistem pembayaran terbuka yang dimulakan pada pertengahan September ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, penyertaan lima lebuh raya tersebut menjadikan keseluruhan yang bakal terlibat  dalam pelaksanaan sistem pembayaran terbuka kepada 11 buah.

Katanya, lima lebuh raya itu ialah Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP), Skim Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Terowong SMART serta Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX).

“Sebagaimana yang telah saya maklumkan pada minggu lalu, enam  lebuh raya (termasuk Lebuhraya Butterworth – Kulim seperti yang diumumkan oleh pihak PLUS) akan melaksanakan open payment system atau sistem pembayaran terbuka di lebuhraya masing-masing bagi memberikan pilihan cara pembayaran tol kepada pengguna.

“Namun, saya amat berbesar hati menerima respons yang sangat positif dari pemain industri dan sukacita saya ingin memaklumkan bahawa lima  lagi lebuh raya  bersetuju mengambil bahagian di dalam pelaksanaan sistem pembayaran terbuka ini yang dimulakan pada pertengahan bulan September 2023,” katanya.

Beliau berkata, keputusan berkenaan berjaya dicapai melalui pelbagai proses rundingan di antara Bahagian Pembangunan dan Penswastaan, Kementerian Kerja Raya (KKR) dan semua pihak berkepentingan termasuk pihak syarikat konsesi sejak tahun lalu.

“Seperti yang pernah saya maklumkan sebelum ini, sistem pembayaran terbuka ini dilaksanakan secara berfasa melibatkan pelbagai syarikat konsesi lebuh raya. 

“Sesungguhnya, sistem pembayaran terbuka dan Multi Lane Fast Flow (MLFF) ini tidak boleh dilaksanakan semalaman dan perlu melalui pelbagai peringkat. 

“Perkara ini tentunya bukan mudah dan memerlukan perancangan teliti dan penggunaan teknologi yang berpatutan serta rundingan bersama pelbagai pihak sebelum ia dapat dilaksanakan sepenuhnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya