Lesen motosikal percuma kepada belia di Terengganu  - Utusan Malaysia

Lesen motosikal percuma kepada belia di Terengganu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu menyasarkan seramai 15,000 belia di negeri ini  memohon lesen motosikal secara percuma menerusi Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) 2023 bermula April hingga Disember depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, program LMST siri ketiga itu dibuka kepada belia di negeri ini berusia antara 16 hingga 40 tahun itu melibatkan peruntukan sebanyak RM4.65 juta.

Menurutnya, permohonan lesen motosikal itu dibuka bermula pada 6 Mac hingga 20 Mac ini.

“Belia yang bekerja pendapatan di bawah RM1,500 sebulan layak memohon LMTS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perlawanan boling Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) pada program Jalinan Mesra ‘Golek’ Santai bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO bersama media di sini, malam tadi.

Beliau memberitahu, kerajaan negeri akan membiayai semua proses mendapatkan lesen memandu termasuk daftar ujian komputer, latihan dan ujian memandu Jabatan Pengangkutan Jalan.

Jelasnya, kos membiayai setiap seorang pemohon ialah RM310  seorang termasuk insurans. 

“LMTS siri pertama pada tahun 2019 melibatkan 25,000 penerima dengan kos RM6.85 juta manakala siri kedua tahun 2020/2021 memberi manfaat kepada 15,000 penerima melibatkan kos RM4.25 juta. 

Belia yang berminat mendapatkan lesen motosikal secara percuma boleh mengisi borang permohonan secara dalam talian di https://ibantuan.terengganu.gov.my. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya