Lelaki pukul imam dihantar ke Hospital Permai

Lelaki pukul imam dihantar ke Hospital Permai

AHMAD Paijan Abd. Rashid (baju merah, seluar pendek) hadir ke Mahkamah Majistret di Kuantan, Pahang bagi berdepan tuduhan menganggu solat subuh di Masjid Sultan Ahmad Shah 1, 26 Mac lalu. - UTUSAN/NORHAFIZAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: “Saya terdengar suara.” 

Itu jawapan Ahmad Paijan Abd. Rashid, 38, sebaik sahaja ditanya sama ada mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya atas dakwaan melakukan kacau ganggu solat di rumah ibadat di Mahkamah Majistret 1. di sini hari ini.

Pertuduhan itu dibuat  di bawah Seksyen 296 Kanun Keseksaan

Bukan hanya tidak dapat menjawab soalan pengakuan, Ahmad Paijan yang merupakan bekas tentera tidak dapat mengingati nombor kad pengenalannya sendiri. 

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan gangguan kepada solat Subuh yang sedang dijalankan dengan sah di sisi undang-undang, kira-kira pukul sekitar 6.30 pagi di ruang solat utama Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di sini pada 26 Mac lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Ezuain Farhana Ahmad dibantu Anuarul Hakim Abdul Muen membuat permohonan di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah agar tertuduh dihantar ke Hospital Permai bagi menjalankan pemeriksaan.

Ezuain Farhana juga meminta tertuduh tidak diberikan sebarang jaminan sehingga terdapat laporan psikiatri dari hospital tersebut. 

Majistret Tengku Elyana Tuan Kamaruzaman memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Permai bagi mendapatkan pemantauan dan laporan.

Majistret turut memutuskan tiada  jaminan dibenarkan ke atas tertuduh selain menetapkan 28 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

TANGKAP layar video memaparkan seorang lelaki bertindak memukul imam ketika solat Subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di Kuantan, Pahang.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan kejadian seorang lelaki bertindak mahu memukul imam jemputan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Ahad lalu.

Video berdurasi 30 saat itu memaparkan seorang lelaki berpakaian baju Melayu dan kain pelikat datang dari arah belakang bertindak menolak jemaah sebelum memukul imam jemputan terbabit dengan selipar berwarna putih. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.