Kopi menyatukan saya dan Scha - Awal buka kedai kopi sendiri - Utusan Malaysia

Kopi menyatukan saya dan Scha – Awal buka kedai kopi sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya dan Scha memang penggemar kopi. Sejak bercinta, kami selalu dating di sebuah kedai kopi. Jadi kopi memiliki nilai sentimental untuk saya.”

Itu perkongsian pengacara, Awal Ashaari ketika ditanya faktor yang mendorong dia membuka sebuah kedai kopi, The Great Coffee Clubdi Menara U, Seksyen 13, Shah Alam.

Tambah Awal, kopi juga menyatukan hubungannya dengan isteri tercinta, Scha Al Yahya kerana mereka berdua merupakan penggemar tegar air minuman tersebut.

“Jadi boleh dikatakan kopi ini menyatukan saya dan Scha kerana kami berdua berkongsi air minuman yang sama.

“Malah setiap kali melancong ke luar negara, tempat pertama yang kami kunjungi adalah kedai kopi. Kami mahu rasa kelainan kopi di setiap lokasi.

“Hari ini saya sangat terharu kerana impian yang dah lama saya tunggu akhirnya menjadi kenyataan dan segala proses berjalan dengan pantas,” katanya.

Menjelaskan mengapa Shah Alam menjadi pilihan lokasi pertama kedai kopinya, jelas Awal, kawasan tersebut menepati target pasaran dan strategik untuk menarik pengunjung.

“Lokasinya dekat dengan beberapa buah universiti. Jadi, menepati target pasaran.

“Kalau kita lihat tidak banyak kafe atau kedai kopi yang seumpama dengan kedai saya.

“Kedai kopi ini juga boleh menjadi lokasi untuk pelajar universiti ‘healing’ atau bersantai. Dekat dengan jiwa muda dan semua orang boleh datang nikmatinya,” ujarnya.

Dalam masa sama, Awal memberitahu, dia kini sedang dalam perancangan untuk menjadikan kedai kopi itu sebagai lokasi program poscast kendaliannya, The Great Coffee Talk.

“Insya-Allah perancangannya selepas Aidilfitri ini. Saya nak buat podcast yang akan disiarkan di platform YouTube dan media sosial.

“Mengikut perancangan awal saya nak jemput individu yang dapat memberikan inspirasi setiap minggu untuk berkongsi kisah hidup dan kejayaan mereka,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.