Konvokesyen Opa Sinergi

Konvokesyen Opa Sinergi

Majikan turut memilih pekerja daripada universiti yang mempunyai ranking baik. -Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAJLIS Konvokesyen Sesi 1/2023 Persijilan Sijil Kemahiran Malaysia Opa Sinergi dan Pusat-Pusat Latihan Kemahiran Negeri Kedah berlangsung meriah di Dewan Perdana Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kedah di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Seramai 216 graduan yang menamatkan latihan menerima sijil Diploma Latihan Kemahiran Malaysia, Diploma Kemahiran Malaysia dan Sijil Kemahiran Malaysia dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Pengarah Urusan Opa Sinergi Sdn. Bhd, Mohamad Idrus Abdulah Hudi berkata, graduan menerima sijil setelah menjalani latihan dalam bidang, juru perkhidmatan terapi, urut terapi, tuinalogy, pemasaran jualan, timpalan dan tenaga penjagaan kanak kanak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, R. Summugam menyampaikan sijil kepada graduan tersebut yang turut dihadiri wakil Kerabat Diraja Negeri Kedah, Tunku Rizal Shah Tunku Muszaffar Shah, Penasihat Opa Sinergi Sdn. Bhd, Datuk J. C. Boon dan Wakil Rektor UiTM Kedah, Rosliza Ismail.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN