Kerajaan terus digesa benarkan pengeluaran KWSP - Utusan Malaysia

Kerajaan terus digesa benarkan pengeluaran KWSP

KWSP
AHMAD Fadhli Shaari dalam sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Selangor di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan digesa membenarkan pengeluaran tunai khas daripada akaun Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) berbanding pinjaman dengan mencagarkan tabungan itu.

Menurut Ketua Dewan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu meneliti pandangan pakar atau penasihatnya yang mempunyai kemahiran dalam selok belok perundangan kewangan sebelum memutuskan perkara sedemikian.

Jelas Ahli Parlimen Pasir Mas itu, simpanan KWSP tidak boleh dicagar kerana bertentangan dengan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 1991 dan tindakan tersebut memerlukan pindaan terhadap undang-undang berkenaan.

“Saya fikir, Perdana Menteri tidak mempunyai penasihat yang berwibawa atau beliau tidak mengguna pakai penasihat yang dilantik daripada mereka yang mempunyai latar belakang kewangan yang baik.

“Kerana, kita tahu KWSP tidak boleh dicagar, apabila beliau menyebut di Parlimen dalam keadaan tidak menyebut tentang peraturan-peraturan susulan yang ada dalam Akta KWSP, ini menunjukkan bagaimana beliau tidak begitu arif dalam ekonomi dan juga dari sudut undang-undang.

“Jadi saya menggesa dan saya mencadangkan supaya, Perdana Menteri kena belajar lagi untuk menjadi seorang Perdana Menteri yang baik,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Selangor, hari ini.

Terdahulu Anwar yang juga Menteri Kewangan masih bertegas tidak membenarkan pengeluaran tunai khas oleh pencarum-pencarum KWSP.

Malah, dalam ucapan penggulungan Belanjawan 2023 di Parlimen, beliau sebaliknya menawarkan alternatif kepada pengeluaran tersebut dengan membenarkan simpanan tersebut dicagar untuk pencarum membuat pinjaman bank. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya