Kerajaan negeri rekod hasil kutipan cukai lebih RM25 juta - Utusan Malaysia

Kerajaan negeri rekod hasil kutipan cukai lebih RM25 juta

MOHD. Shukri Ramli menjawab soalan dalam sidang DUN di Kangar, Perlis hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kerajaan negeri memperolehi nilai kutipan cukai sebanyak RM25,591,828 tahun lalu merangkumi cukai royalti dan tanah.

Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, daripada jumlah itu, cukai royalti merekodkan kutipan sebanyak RM3,070,692 manakala cukai tanah pula sebanyak RM22,521,135.

“Kutipan cukai taksiran untuk pembangunan baharu bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lalu melibatkan 776 premis yang dicukaikan pula adalah berjumlah RM306,925,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Saad Seman (PN-Chuping) berkaitan jumlah terkini cukai yang diperolehi kerajaan daripada pelabur atau syarikat serta jumlah pelabur yang sudah ada sehingga terkini.

Tambah Mohd. Shukri, daripada segi pelaburan, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) juga telah berjaya menarik kemasukan pelaburan domestik dan antarabangsa.

“Sehingga kini terdapat lima pelabur yang komited untuk melabur di Chuping Valley Industrial Area (CVIA),” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya