Keputusan UPKK 2022 9 Mac depan

Keputusan UPKK 2022 9 Mac depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan bahawa tarikh keputusan untuk Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2022 ditetapkan pada 9 Mac depan.

Peperiksaan berkenaan diduduki lebih 200,000 orang murid tahun lima yang mengikuti Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) sejak dari tahun satu dengan sukatan Jakim.

Program khas itu dilaksanakan sejak 1990 berperanan meningkatkan sistem pendidikan Islam dengan lebih terperinci dan diselaraskan di semua institusi terlibat seluruh negara.

Keputusan UPKK malah turut dipersetujui oleh pihak Kementerian Pendidikan sebagai tambahan sokongan untuk kemasukan bakal pelajar ke tingkatan satu di sekolah khusus meliputi Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dikendalikannya.

Bahkan, murid yang cemerlang UPKK juga boleh dipertimbangkan untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) atau di Kelas Aliran Agama (KAA) di sekolah menengah harian dengan tambahan pelajaran Bahasa Arab.

Calon UPKK 2022 boleh menyemak keputusan pada tarikh itu mulai pukul 11 pagi dengan melayari laman sesawang rasmi Sistem Maklumat Pendidikan Islam (Simpeni) Jakim.

Walaupun KAFA bukan perkara diwajibkan, namun statistik Jakim menunjukkan setakat akhir tahun lepas seramai lebih 1.2 juta murid beragama Islam menuntut di seluruh negara ditempatkan di sejumlah 5,943 premis dengan bilangan kelas sebanyak 53,101 buah serta menerima bimbingan daripada 35,000 orang guru dilantik kontrak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya