Keputusan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah 2022 dikeluar 21 Mac

Keputusan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah 2022 dikeluar 21 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Keputusan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2022 bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) akan dikeluarkan pada 21 Mac ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, seramai 3,667 MBPK dari 730 buah sekolah di seluruh negara menamatkan persekolahan bagi sesi akademik 2022/2023.

Katanya, mereka layak dianugerahi Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM) dan sijil berkenaan boleh diperoleh dari sekolah masing-masing pada Selasa depan mulai pukul 10.00 pagi.

“KPM sentiasa komited untuk terus memastikan ekuiti dan kesamarataan pendidikan terjamin seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025,” katanya hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya