Keputusan Pemilihan UMNO perkukuh kerajaan perpaduan - PM

Keputusan Pemilihan UMNO perkukuh kerajaan perpaduan – PM

ANWAR IBRAHIM mempengerusikan Mesyuarat kedua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, di Menera Dato Onn, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan Pemilihan UMNO bakal memperkukuhkan lagi kerajaan perpaduan.

Perdana Menteri berkata, sebagai salah sebuah parti dalam kerajaan, pembentukan barisan kepimpinan baharu UMNO amat penting dalam menentukan hala tuju negara.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO dan seluruh barisan pimpinan yang menunjukkan kemenangan pasukan yang meyakinkan.

“Saya percaya dengan keputusan, ia akan memperkukuh hubungan dan kekuatan kerajaan perpaduan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan kedua malam ini.

Dalam mesyuarat tersebut, Anwar menjelaskan, sekretariat lebih banyak menumpukan kepada proses pentadbiran kerajaan, mendengar pandangan dan hala tuju, memantapkan lagi kerja-kerja kerajaan, menyantuni rakyat serta memastikan pelaksanaan program kerajaan diadakan dengan berkesan.

“Tumpuan kita adalah menjana pertumbuhan ekonomi, memberi keyakinan supaya pelaburan dan kegiatan ekonomi lebih rancak, kita juga ambil maklum satu pelaburan besar termasuk syarikat Amazon dan Sarawak yang mempunyai persefahaman dengan kerajaan Indonesia dalam tenaga hidro.

“Saya ucap terima kasih kepada pimpinan yang hadir dan memberikan dokongan kuat kepada usaha menjamin kestabilan dan keamanan bagi memastikan negara ini tunduk kepada perlembagaan dan menganggap rakyat mesti dipertahan hak mereka,” katanya.

Justeru, beliau berkata, mesyuarat kali ini tidak melibatkan perbincangan dalam soal pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Kita dalam proses muktamadkan dalam masa singkat, perbincangan berjalan lancar, tapi kita tak bincang sebab ada jawatankuasa yang mewakili parti terlibat yang akan teruskan perbincangan,” katanya.

Bagaimanapun, Anwar mengakui bahawa soal penggunaan retorik perkauman oleh sesetengah pihak dibincangkan dalam mesyuarat kali ini.

“Ada konsensus antara parti dan komitmen yang tinggi dalam kalangan ketua parti, kerajaan ini komited dengan prinsip perlembagaan, pada masa sama memberikan jaminan bahawa hak setiap warganegara akan dipertahankan tidak mengira kaum atau latar belakang.

“Sudah tentu ada kebimbangan, tetapi jika ada cubaan untuk mengganggu gugat, ia akan ditangani dengan tegas,” katanya.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya