Keputusan EIA projek PSI beberapa bulan lagi - Utusan Malaysia

Keputusan EIA projek PSI beberapa bulan lagi

NIK NAZMI Nik Ahmad (tengah) memerhatikan Chow Kon Yeow menurunkan tandatangan pada plak sewaktu majlis perasmian Karnival Alam Kita di pekarangan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BATU KAWAN: Keputusan akhir Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) untuk projek Penang South Island (PSI) yang dijadual dimuktamadkan bulan ini bagaimanapun masih belum dapat ditentukan buat masa ini.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya bagaimanapun menjangkakan keputusan itu akan diperoleh dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Ya, kita ada buat ‘submission’ (penyerahan EIA) pada bulan Januari (lepas) dan saya tak pasti tamat tempohnya bila.

“Tapi, ‘evaluation’ (penilaian) projek itu memang ‘ongoing’ (masih berjalan) ketika ini,” katanya kepada pemberita ketika hadir pada majlis perasmian Karnival Alam Kita 2023 di pekarangan Stadium Batu Kawan, di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis yang disempurnakan perasmiannya oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow itu ialah Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Seri Huang Tiong Sii.

Ini kali ketiga EIA untuk projek itu dihantar selepas ia ditolak sebelum ini dan kini di peringkat penilaian semula di Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata, kelulusan EIA bergantung kepada pihak yang meluluskan iaitu penggerak projek selaku pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam hal itu.

Katanya, jika laporan yang dikemukakan itu tidak ‘longgar’, EIA untuk PSI pastinya tidak akan disemak atau dinilai lebih daripada sekali.

“Proses (EIA) itu agak ‘rumit’, namun bergantung kepada sokongan yang diterima sama ada untuk meneruskan projek tersebut atau sebaliknya,” katanya yang memberitahu, pihaknya sedang cuba menambah baik proses tersebut agar menjadi lebih efektif pada masa depan.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan komited untuk menyiapkan projek-projek yang menjadi keutamaan seperti tebatan banjir seperti yang diluluskan menerusi peruntukan sebanyak RM15 bilion oleh kerajaan sebelum ini.

“Apabila kerajaan baharu dipilih, kita tengok balik projek itu.

“Saya ingat PM (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) ada sebut semalam, apa yang dijimat itu kita boleh ‘spend’ (guna) untuk projek lain. Kita tak nak membazir sebab projek-projek tebatan banjir ini sebagai contoh ‘high in demand’ (mendapat permintaan yang tinggi),” kata beliau. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya