Kemelut rumah tangga Syamsul-Puteri Sarah masuki fasa baharu - Utusan Malaysia

Kemelut rumah tangga Syamsul-Puteri Sarah masuki fasa baharu

SYAMSUL Yusof hadir bagi memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kemelut rumah tangga pengarah, Syamsul Yusof dengan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memasuki fasa terbaharu apabila lelaki itu mendakwa isteri pertamanya curang dengan seorang lelaki yang berstatus suami orang.

Gangguan tersebut berterusan sehingga pada satu tahap, isteri kepada bekas kekasih Sarah itu menghubungi Syamsul dan ‘mengugut’ untuk menyebarkan kelakuan wanita itu di media sosial.

Hasrat itu bagaimanapun terhenti selepas Syamsul merayu kepada wanita terbabit agar tidak berbuat demikian bagi menjaga aib Sarah.

Itu merupakan salah satu alasan yang dinyatakan dalam permohonan nusyuz yang difailkan oleh Syamsul terhadap Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini hari ini.

Alasan-alasan lain yang dinyatakan dalam tuntutan tersebut ialah Sarah telah keluar daripada rumah kelamin mereka selama dua tahun, enggan kembali taat kepada suami walaupun pelbagai usaha telah dibuat dan mengeluarkan kenyataan tidak benar dan berbaur fitnah terhadap Syamsul.

Nusyuz merupakan permohonan untuk mensabitkan seseorang isteri telah derhaka atau tidak patuh kepada perintah suaminya.

Jika disabitkan dengan nusyuz, seorang isteri tidak berhak untuk menerima nafkah sejak disabitkan dengan kesalahan itu.

Terdahulu, Pendaftar Mahkamah Syariah, Harun Hashim membenarkan permohonan peguam-peguam syarie, Azmi Rais dan Zulkifli Che Yong untuk penyerahan saman dan sesalinan pernyataan tuntutan permohonan nusyuz itu kepada Sarah di luar bidang kuasa ekoran wanita itu tinggal di Kuala Lumpur.

Permohonan itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 6 April ini.

Sementara itu, buat pertama kali sejak kemelut itu berlaku, Syamsul akhirnya membuka mulut memberikan penjelasan mengenai isu balik tabir rumah tangganya.

It’s about time (Dah tiba masanya). Bukan nak membalas balik apa yang Sarah cakap tetapi umum, Sarah (sendiri) perlu tahu perkara sebenar.

“Saya masih lagi ingin selamatkan rumah tangga lagi. Saya, suami pun ada silap. Isteri pun ada silap, kita manusia tetapi kita jaga aib. Mungkin salah saya mendiamkan diri sehingga ibu bapa saya sendiri tidak tahu perkara sebenar. Tetapi makin saya diam, keadaan makin teruk.

“Tidak ada suami yang boleh terima isteri sendiri curang dengan suami orang lain. Siapa boleh tahan apabila isteri curang dengan suami orang lain,” katanya.

Syamsul turut menjelaskan bahawa bekas kekasih Sarah merupakan orang biasa, bukan pelakon dan mereka berkawan sejak di zaman kolej.

Pengarah filem Munafik itu turut berulang kali menjelaskan bahawa keenggannya membuat sebarang kenyataan sebelum ini adalah bagi menjaga aib Sarah.

“Saya rasa Sarah, mungkin dia suka dengan ‘mileage’, sensasi yang dia dapat tapi dia perlu ingat pada penghujungnya, dia tetap isteri saya, dia masih perlu tidur sekatil dengan saya dan saya masih sayangkan dia.

“Ada sinar atau tidak ada sinar, kita perlu bincang dahulu,” kata Syamsul.

Menjawab pertanyaan sama ada terdapat usaha untuk merapatkan hubungan di antara Sarah dengan isteri keduanya, Ira Kazar, Syamsul berkata, perkara utama yang perlu dilakukan ialah menjernihkan hubungannya dengan isteri pertama.

“Memang nak baikkan tetapi sebelum itu saya dahulu yang perlu berbaik dengan Sarah,”katanya.

Syamsul bagaimanapun dilihat cuba menahan emosi apabila beliau juga sedang cuba memperbaiki hubungannya dengan ibunya, Datin Patimah Ismail. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.