KUALA TERENGGANU: Keluasan tanah sawah yang terletak di luar kawasan ‘Jelapang Padi’ di negeri ini didakwa semakin susut apabila dibangunkan dengan projek komersial dan perumahan sejak beberapa tahun lalu. Keadaan tersebut berlaku apabila pemilik tanam sawah bertindak menjual tanah mereka setelah jualan hasil padi tidak ‘berbaloi’ apabila kos menanam padi semakin tinggi dan membebankan berikutan kenaikan harga baja serta racun. Seorang pemilik tanah sawah padi di Manir dekat sini, Alias…