JERANTUT: Kerajaan diminta mengawal harga atau memberikan subsidi pada kadar RM20 satu beg makanan ikan yang disifatkan terlalu mahal daripada RM60 sebelum ini, naik kepada RM84 satu beg 20 kilogram ketika ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, pengusaha dan peruncit ikan sangkar Kampung Jerantut Feri, Azman Zainuddin, 52, berkata, nasib pengusaha ikan sangkar di situ kini ibarat telur di hujung tanduk kerana tidak mampu lagi membeli makanan diperlukan membabitkan 100 beg satu sangkar. Akibatnya Azman berkata, seramai 29 daripada 37 pengusaha ikan sangkar di kampung itu tidak lagi aktif dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya