Kamal dalam fasa pemulihan - Uqasha Senrose - Utusan Malaysia

Kamal dalam fasa pemulihan – Uqasha Senrose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Uqasha Senrose memaklumkan suaminya, Kamal Adli masih berada dalam fasa pemulihan susulan pembedahan dijalani akibat kecederaan selepas diserang seorang individu tidak dikenali pada 13 Mac yang lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia semalam, Uqasha atau nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen memaklumkan Kamal masih berada di Singapura dan menjalani rawatan di sebuah hospital di negara itu.

“Saya tak berani untuk berikan apa-apa kenyataan buat masa ini. Biar pihak berkuasa Singapura dan kedutaan Malaysia di sana yang beri kata putus tentang keadaan Kamal.

“Apa yang boleh saya katakan adalah Kamal masih dalam proses pemulihan, itu sahaja. Saya tak mahu bercakap lebih kerana takut kenyataan saya disalah erti,” katanya.

Kamal, pada awal Mac lalu mengalami cedera parah kerana diserang lelaki tidak dikenali ketika menghadiri sebuah karnival jualan yang diadakan di negara itu.

Dalam insiden berkenaan, Kamal dipukul lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Nabil Rashid, 34, dengan chota secara berkali-kali di bahagian muka, kepala dan badan dan terpaksa menjalani pembedahan akibat kecederaan yang dialaminya.

Penyerang telah didakwa di mahkamah pada 14 Mac lepas dan masih menjalani tempoh tahanan reman di Institut Kesihatan Mental (IMH) bagi pemantauan pakar psikiatri.

Dalam pada itu, Uqasha yang sebelum ini juga tular selepas dituduh seorang wanita pernah menjadi pembuli di sekolah memaklumkan akan berbincang dengan suami berkenaan sebarang tindakan yang perlu diambil terhadap wanita berkenaan.

“Saya perlu bincang dengan Kamal jika ada sebarang tindakan susulan terhadap tuduhan tersebut.

“Saya tidak berani untuk mengambil sebarang tindakan tanpa kebenaran suami,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya