GEORGE TOWN: Seorang jurulatih kecergasan sebuah gimnasium mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam, atas tuduhan mencabul kehormatan dan menunjukkan kemaluan kepada seorang gadis pada 7 Mac lalu. Tertuduh, Khaw Chee Young, 29, membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan terhadapnya itu dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang masih bujang didakwa hendak mengaibkan kehormatan seorang gadis dengan cara menunjukkan kemaluan kepada gadis tersebut. Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 9.40 pagi pada 7 Mac lalu, di aras dua sebuah gimnasium di All…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya