Jumlah mangsa banjir hampir cecah 30,000

Jumlah mangsa banjir hampir cecah 30,000

BEBERAPA penduduk meredah banjir di tengah bandar Kota Tinggi, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 29,748 mangsa terpaksa dipindahkan apabila banjir terus melanda di lima buah negeri setakat pukul 6 petang tadi.

Jumlah itu meliputi 8,358 keluarga dan 245 pusat pemindahan sementara, menurut maklumat terkini oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Johor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 27,058 mangsa melibatkan 204 pusat pemindahan, 7,618 keluarga, 9,895 perempuan dewasa, 9,737 lelaki dewasa, 3,573 kanak-kanak lelaki dan 3,213 kanak-kanak perempuan.

Ini termasuk 1,253 warga emas lelaki, 1,366 warga emas perempuan, 319 bayi lelaki, 321 bayi perempuan, 133 orang kurang upaya (OKU) lelaki dan 83 OKU perempuan.

Ia diikuti dengan Pahang yang mencatatkan 1,543 mangsa, Negeri Sembilan (1,048), Melaka (74) dan Sarawak (25). – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN