Jatuhkan kerajaan; AMK, Pemuda Amanah Pulau Pinang turut lapor polis - Utusan Malaysia

Jatuhkan kerajaan; AMK, Pemuda Amanah Pulau Pinang turut lapor polis

MUHAMMAD FADZIL Roslan (dua dari kanan) ketika hadir ke IPD Seberang Perai Tengah di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk membuat laporan polis terhadap kenyataan Abdul Hadi Awang malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUKIT MERTAJAM: Kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa Perikatan Nasional (PN) sedang berusaha menjatuhkan kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh ‘memudaratkan’ demokrasi berparlimen selain menimbulkan resah dalam kalangan rakyat ketika ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Muhammad Fadzli Roslan berkata, kenyataan Ahli Parlimen Marang itu juga secara tidak langsung boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, permusuhan serta mampu menganggu-gugat kestabilan kerajaan sedia ada.

“Saya ingin menegaskan kenyataan tersebut boleh mendatangkan kebencian atau penghinaan sekali gus membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Raja dan Kerajaan Perpaduan.

“Sehubungan itu, saya memohon siasatan dan tindakan lanjut oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak-pihak berkaitan disegerakan terhadap beliau (Abdul Hadi),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu katanya, satu laporan polis telah dibuat secara bersama dengan Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Pulau Pinang berhubung kenyataan tersebut di ibu pejabat polis daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, di sini malam tadi.

Menurut Muhammad Fadzli, tindakan itu diambil susulan satu laporan berita yang diterbitkan oleh portal berita pada 6 Mac lalu bertajuk “Pas akui PN rancang ‘jatuhkan’ Kerajaan Perpaduan, tiada siapa boleh halang.”

Katanya, selain mengakui secara jelas PN sedang berusaha menjatuhkan kerajaan perpaduan, Abdul Hadi juga didakwa telah menyatakan titah tidak boleh dijadikan kata putus.

Hal ini, jelas beliau, bagaimanapun bercanggah kerana Yang di-Pertuan Agong secara jelas bertitah mahukan sebuah kerajaan yang kukuh dan negara yang stabil demi rakyat dan negara. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya