Jangan tohmah keluarga saya - Elisya Sandha

Jangan tohmah keluarga saya – Elisya Sandha

Elisya Sandha
Elisya Sandha
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIBA-TIBA sahaja, nama pelakon, Elisya Sandha dan ibu mentuanya yang juga penerbit, Sheila Rusly menjadi buah bulut ramai.
Semuanya gara-gara mereka dikatakan bergaduh sehingga Elisya dikatakan mengambil keputusan keluar dari rumah mentuanya.
Namun itu semua hanyalah tohmahan yang tiba-tiba dicipta oleh beberapa individu yang kurang senang melihat kemesraan keluarga kecil itu.
Hits mendapatkan Elisya, menjelaskan situasi sebenar. Adakah dia berkecil hati dan marah dengan individu yang menyebarkan fitnah tersebut? Elisya, sila jawab.

Bila dapat tahu tentang spekulasi tersebut mula tular, apa reaksi Elisya? Marah dengan tohmahan tersebut?
Tuduhan itu sangat berat sebab mengaitkan keluarga saya. Bagi saya, keluarga sangat penting. Bila orang cakap saya pindah keluar rumah mentua disebabkan kami bergaduh, saya terkedu.
Mana ada, hubungan kami sangat baik. Malah bila saya pindah keluar, mama dan papa yang bantu kami uruskan. Nak cakap pasal saya silakan, tetapi jangan sentuh keluarga saya!
Apa pula reaksi keluarga mentua Elisya, khususnya Sheila Rusly? Adakah dia sedih apabila difitnah sedemikian?
Disebabkan mama dan papa bersedih, saya terpaksa bersuara. Pada mulanya saya tak mahu membalas sebarang komen berbentuk negatif seperti itu. Bukan apa, lagi kita balas, lagi parah.
Cuma bila mama tanya, kenapa ada orang cakap kami bergaduh, saya perlu jelaskan situasi. Apa yang mereka cakap itu semua tidak benar sama sekali. Ini membabitkan nama baik kami sekeluarga.

Elisya nampaknya sering menjadi sasaran netizen terutama melibatkan keluarga mentua, komen sikit?
Bila duduk rumah mentua, orang mengata. Bila keluar duduk rumah sendiri, orang sebar fitnah. Ada sahaja benda tidak kena. Saya pun tak faham dengan segelintir netien ini. Ada sahaja yang mereka tak puas hati.
Suami pesan jangan layan provokasi itu tetapi saya tak boleh biarkan spekulasi dan fitnah seperti itu terus menjadi bualan. Saya dan keluarga bukan jenis kacau orang. Jadi tolong, jangan kacau kami sekeluarga.

Alang-alang, kongsi sikit pengalaman sudah duduk rumah sendiri? Perlu urus rumah tangga sendiri sekarang kan.
Alhamdulillah, baru sahaja pindah rumah sendiri. Tak sampai sebulan. Banyak kena belajar. Bila duduk rumah mentua, semua sudah terhidang. Tetapi bila urus sendiri ini, pandai-pandailah nak hidup.

Perkembangan kerjaya seni sekarang? Bagaimana Elisya bahagi masa menguruskan keluarga dan kerjaya seni?
Saya baru tamat penggambaran untuk sebuah drama. Sekarang pun, sedang ditayangkan drama Serpihan Sayang. Jujurnya, saya terpaksa lebih selektif dalam memilih watak dan naskhah.
Saya sedang belajar menguruskan produksi sekarang, jadi masa itu sangat terhad. Mama Sheila pun sudah mahu bersara, jadi saya perlu cepat belajar semua untuk bantu suami.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya