Jangan panjangkan lagi isu saya dan Aaaron Aziz - Syamsul

Jangan panjangkan lagi isu saya dan Aaaron Aziz – Syamsul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebagai pengarah filem The Original Gangster, Syamsul Yusof mengaku bertanggungjawab sepenuhnya atas insiden yang berlaku membabitkan dirinya dengan pelakon, Datuk Aaron Aziz.

Sempena bulan Ramadan yang mulia, Syamsul juga berharap konflik dirinya dengan Aaaron tidak berpanjangan dan diperbesarkan lagi.

“Ia isu kerja antara saya sebagai pengarah dan Aaaron sebagai pelakon.

“Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas isu yang timbul. Tidak perlu dipanjangkan lagi semua ini. Terima kasih,” katanya menerusi perkongsian di InstaStory, pagi tadi.

Mengulas lanjut, Syamsul meminta tidak perlu menyalahkan mana-mana pihak atau pelakon lain seperti Sharnaaz Ahmad dan Beto Kusyairy berhubung isu pengguguran Aaaron.

“Keputusan menggugurkan Aaron dibuat sebulat suara oleh saya dan penerbit lain filem ini,” katanya.

Terdahulu, Aaron menerusi Instagram meluahkan kemarahan selepas Syamsul mendakwa dirinya digugurkan atas alasan dia sudah tua, gemuk dan berisi.

Aktor berusia 47 tahun itu turut terkilan kerana pengarah tersebut enggan berjumpa sedangkan segala permintaannya supaya ‘buat badan’ sudah dipenuhi.

Malah, dalam pendedahan berkenaan, Aaron juga mengatakan dia juga sanggup menahan kesakitan menggunakan suntikan steroid untuk mendapatkan tubuh badan sasa dalam tempoh singkat. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya