Jangan pandang enteng keselamatan negara

Jangan pandang enteng keselamatan negara

ANGGOTA tentera meronda kawasan Kampung Tanduo ketika pencerobohan tentera Sultan Sulu di Lahad Datu pada 2013.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Tragedi pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Mac 2013 menyaksikan keselamatan negara digugat oleh kumpulan pengganas Sulu.

Selepas 10 tahun berlalu, biarpun keselamatan negara sudah semakin terkawal namun, ancaman dalaman yang disebarkan secara digital semakin membimbangkan dan mampu menggugat keselamatan negara.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Agung Persatuan Kebajikan Skuad 69 PDRM Sabah, Mohd. Daud Kalakhan, 77, sentimen perkauman dan keagamaan yang sedang hebat dimainkan di Semenanjung Malaysia harus ditangani secara serius.

Pada masa ini, ancaman keselamatan bukan lagi datang dari luar sebaliknya dari dalam negara sendiri.

“Cabaran sekarang semakin menjadi-jadi dan sekiranya perkara yang mengugat keselamatan ini seperti sentimen perkauman ini tidak ditangani secara serius, ia akan menjadi barah dalam kalangan rakyat.

“Jadi, saya bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa keamanan dan kedamaian semua kaum harus dipertahankan. 

“Kita tidak boleh bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang cuba menghangatkan sentimen perkauman kerana dikhuatiri memberi ancaman kepada keselamatan negara,” katanya.

Mohd. Daud berkata, tragedi pencerobohan Tanduo membolehkan seluruh rakyat bersatu mengutuk tindakan pencerobohan daripada pengganas Sulu jadi, jangan biarkan penyatuan umat yang ada dimusnahkan dengan menghangatkan suhu perkauman di negara ini.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang cuba menghangatkan suhu kaum atau agama di negara ini.

Katanya, sekiranya terdapat perkara yang melampau dan menganggu gugat ketenteraman awam, pihak keselamatan tidak akan teragak-agak akan mengenakan tindakan tegas.-utusan

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya