Jangan bazirkan masa isu mengundang dosa - Ashraf Muslim

Jangan bazirkan masa dengan isu mengundang dosa – Ashraf Muslim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Ashraf Muslim kecewa melihat ramai umat Islam semakin tidak hormat kepada agama sendiri lebih-lebih ketika sambutan bulan Ramadan.

Katanya, tindak-tanduk itu dapat dilihat menerusi kandungan dan komen yang dimuat naik dalam media sosial sehingga dilihat seperti melampaui batas.

“Daripada isu keluarga, politik, kemasyarakatan dan anak-anak muda. Carilah kandungan yang berfaedah kerana Allah SWT dan komen perkara yang baik-baik.

“Kadang-kadang bila baca komen setiap isu yang hangat ini sampai terfikir yang bagi komen ini macam tak kenal Allah,” katanya dalam Instagram.

Ashraf berkata, komen-komen yang dikeluarkan oleh netizen ibarat tiada batas dan rasa hormat dalam penulisan sekali gus menggambarkan akhlak yang tidak baik seseorang.

“Mungkin kita tak kenal tetapi yang menaip itu Allah kenal sangat.

“Tahu tak Ramadan adalah bulan yang sangat istimewa daripada bulan-bulan lain? Kenapa nak bazirkan masa dengan isu yang boleh mengundang dosa?” soalnya.

Menurut Ashraf, setiap individu mempunyai kelebihan untuk melakukan perkara baik kerana Allah SWT dan kesempatan itu sepatutnya digunakan untuk mengutip pahala.

“Cukup-cukup kita cari kandungan yang boleh membuat orang lain buat dosa dan komen yang negatif, cari kandungan yang boleh mengajak orang ramai dekat dengan Allah.

“Kalau kita sayangkan Allah SWT, jangan kita fikir untuk menyambut Ramadan tetapi fikirlah dan rasakanlah untuk kita disambut oleh Ramadan,” titipnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya