Reman bapa kandung disyaki dera anak disambung

Reman bapa kandung disyaki dera anak disambung

SUSPEK (tiga dari kiri) dibawa ke Mahkamah Sungai Petani untuk proses sambung reman bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan kerana disyaki mendera anak kandungnya di Sungai Petani, Kedah. -UTUSAN/OTHMAN YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Bapa kandung murid lelaki berusia tujuh tahun yang disyaki mendera anaknya disambung reman selama lima hari lagi bermula esok hingga 2 Oktober ini.

Perintah tahanan sambung reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nur Fadzlina Musa hari ini sejurus lelaki terbabit di bawa ke mahkamah dari lokap polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini.

Sebelum ini, suspek berusia 29 tahun yang bekerja di sebuah kilang telah direman selama enam hari yang berakhir hari ini selepas ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, suspek disambung reman untuk membolehkan pihaknya melengkapkan siasatan terhadap kes terbabit.

Khamis lalu, akhbar ini melaporkan seorang murid darjah satu cedera di badan, muka, siku, telinga dan bibir disyaki menjadi mangsa dera bapa kandungnya di Taman Desa Jaya, di sini sejak Julai lalu.

Perkara itu terbongkar apabila disedari oleh guru di sekolahnya termasuk tindakan mangsa memakai jaket ketika dalam kelas.

Mangsa yang merupakan anak tunggal itu sebelum ini dijaga neneknya di Tanjung Dawai tetapi dibawa tinggal bersama bapanya dan ibu tiri sejak setahun lalu serta bersekolah di Pekan Lama, di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya