Jadi pemimpin kena kurang berdrama, Dr. Akmal sindir Syed Saddiq?

Jadi pemimpin kena kurang berdrama, Dr. Akmal sindir Syed Saddiq?

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemuda UMNO menggesa mana-mana pemimpin parti politik untuk lebih kreatif dalam melaksanakan program terutamanya bersama mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT). 

Ketua Pemuda UMNO,  Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, banyak langkah boleh diambil untuk tidak menimbulkan sebarang ‘drama’ politik. 

“Jadi pemimpin ini kena lebih kreatif. Kalau tidak boleh jumpa mahasiswa dalam universiti, buatlah program kat luar universiti. 

“Tak kan itu pun nak kena beritahu. Pemimpin kena kurangkan drama tingkatkan kreativiti,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

MUHAMAD AKMAL SALEH

Jelas beliau, program yang dijalankan di luar kampus cuma memerlukan kos yang rendah tetapi tetap memberi impak yang tinggi, selain tidak banyak ‘drama’.

Biarpun tidak memperincikan dengan jelas, hantaran Muhammad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Melaka itu dipercayai merujuk kepada situasi yang dihadapi Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. 

Ia berikutan program Ahli Parlimen Muar itu bersama pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dijadualkan berlangsung malam tadi dilaporkan gagal selepas beliau dihalang memasuki kampus universiti itu di Shah Alam. 

Ia susulan pihak pengurusan universiti memberikan alasan bagi menjaga keharmonian universiti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN