Inteam pilih berduet dengan Ezad Lazim

Inteam pilih berduet dengan Ezad Lazim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sudah menjadi kelaziman bagi kumpulan nasyid Inteam berkolaborasi dengan artis jemputan menerusi single yang dihasilkan setiap Ramadan.

Pernah berduet bersama Khai Bahar dalam lagu Setanggi Syurga, Damba Kasih bersama Sufian Suhaimi dan Mencari Sinar bersama Sam Bunkface, Ramadan kali ini, Inteam menampilkan artis bersuara lunak, Ezad Lazim dari kumpulan Exists bagi bergabung dalam single berjudul Kasihku Abadi 2023.

Ketua kumpulan Inteam, Syahril berkata, Kasihku Abadi merupakan lagu yang pernah popular pada 2004 yang dirakamkan semula dengan konsep muzik agak berbeza serta menampilkan Ezad Lazim dalam versi kali ini.

“Kalau versi sebelum ini lebih berkonsepkan muzik pop balada, kali ini kami cuba memasukkan unsur-unsur pengaruh muzik Arab dan Turkiye dalam kolaborasi ini” katanya.

Lagu Kasihku Abadi 2023 adalah gubahan Munif Ahmad dari kumpulan Hijjaz, manakala lirik adalah hasil karya penulis lirik prolifik, Lukhman S, serta susunan muzik hasil kreativiti Alfa Booty Kesuma dan Wan Saleh.

“Dalam penghasilan muzik video kali ini, kami cuba mengangkat kisah penuh inspirasi daripada perkahwinan Haziq Samrat yang merupakan orang kelainan upaya bersama Isterinya, Miera yang tular di media sosial, baru-baru ini.

“Kisah perkahwinan mereka sangat sesuai dengan lirik lagu ini yang menggambarkan setiap insan mendambakan kehadiran pasangan yang akan melengkapi hidup, serta menjadi fitrah manusia ingin berkasih sayang dan berpasang-pasangan” kata Rahim.

Hazamin pula begitu gembira apabila mendapat respon baik peminat yang memuji keserasian mereka.

“Alhamdulillah, dari komen yang kami baca ramai yang tersentuh hati dan menitiskan air mata melihat kisah yang dipaparkan di dalam muzik video lagu ini,” katanya.

Ditanya pemilihan Ezad bagi duet kali ini, Hisyam berkata, Inteam sendiri pernah berduet secara live menerusi lagu Bunga bersama Ezad dan Exists semasa Konsert 20 Tahun Inteam.

“Melihat keserasian gabungan tersebut, kami menawarkan Ezad untuk berduet dalam lagu Kasihku Abadi 2023 ini.

“Alhamdulillah, beliau menerima dan memberi komitmen yang sangat baik sekali,” katanya.

Lagu yang dilancarkan sejak 17 Mac lalu, kini berada di seluruh pelantar digital.

Muzik video yang dimuat naik di Youtube Inteam Digital kini sudah mencecah jumlah tontonan  88,000 kali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya