IBCC Insken berjaya lahir ramai usahawan berjaya

IBCC Insken berjaya lahir ramai usahawan berjaya

ANTARA graduan yang telah berjaya menamatkan program bimbingan INSKEN 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Program Insken Bumiputera Business Coaching (IBBC) anjuran Institut Keusahawanan Negara Berhad (Insken) berjaya mengekalkan momentum kecemerlangan setelah berjaya meningkatkan RM11 juta hasil jualan dan mewujudkan 178 pekerjaan baharu melalui pelaksanaan sembilan program bimbingan pada tahun 2022.

Insken dalam satu kenyataan memaklumkan, setakat ini 251 usahawan telah tamat program tersebut dan 12 daripadanya bertukar status perniagaan daripada mikro kepada kecil selepas mengikuti program bimbingan selama empat bulan.

Kenyataan itu menambah, secara keseluruhan, 54 peratus peserta berjaya mencapai indeks prestasi utama (KPI) program ditetapkan iaitu peningkatan hasil jualan minimum sebanyak 20 peratus melalui program bimbingan komprehensif anjuran agensi di bawah kawal selia Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

“Peningkatan hasil jualan terbaharu dicipta oleh usahawan yang terbahagi kepada sembilan industri iaitu, IBBC Kiosk Vendor, Pet Care, Jualan Pasar Raya, Printing & Related Services, Postnatal, Grocery Store, Childhood Care & Education, Café & Restaurant, serta Aircond & Related Services.

“Lima daripada sembilan Program IBBC ini adalah hasil kolaborasi strategik di antara Insken dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan GIATMARA,” kata kenyataan itu hari ini.

Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, usahawan terlibat dilihat bersungguh-sungguh untuk memajukan perniagaan dan peserta IBBC akan terus dibantu serta disokong pihak kementerian termasuklah kesemua agensi.

Katanya, laporan peserta program ini seterusnya akan dihantar kepada agensi di bawah kementeriannya untuk dipertimbangkan bagi penyaluran geran, pinjaman dan bantuan bersesuaian.

Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif Insken, Muhd Firdaus Azharuddin berkata, usahawan yang ingin berjaya memerlukan latihan, bimbingan serta sokongan dari pelbagai pihak dan bukan hanya berusaha secara sendiri.

“IBBC merupakan program yang komprehensif kerana dilengkapi dengan semua keperluan tersebut termasuklah kepakaran jurulatih industri dan juga rangkaian usahawan daripada industri sama yang mampu menjana pengetahuan baharu,” katanya.

Tambah beliau lagi, gabungan semua komponen ini terbukti telah membuahkan hasil yang amat baik apabila setiap industri mempunyai peserta cemerlang yang diukur melalui peningkatan hasil jualan serta komitmen masing-masing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya