Minta maaf. Awal-awal lagi Cik Bunga mohon ampun ya kalau ada yang minta kita komen berkenaan rupa paras Hael Husaini yang didakwa semakin berbeza sekarang.
Kita tak mahu sentuh dah sebab sebelum ini dah pernah tegur berkenaan hal itu. Tapi, tak adalah Cik Bunga jadi macam netizen, nak kutuk-kutuk rupa paras orang. Kita pun sedar diri, bukanlah sempurna sangat ye tak?
Cuma, masih berkaitan dengan Hael, Cik Bunga mahu tegurlah sikit pengurus penyanyi tersebut. Bukan sekali, tapi sebenarnya sudah berkali-kali juga dia dilihat terlalu nak mengongkong Hael.
Kenapa Cik Bunga cakap begitu? Terus-terang, Cik Bunga tahu, Hael ini masih ada soft spot pada rakan-rakan media dan orang industri yang dikenalinya.
Maka, bila dia turun padang dan kebetulan dapat bertemu dengan media, jika tidak tergesa-gesa pulang, dia akan melayan sahaja sebarang pertanyaan yang diajukan. Tetapi, satu soalan yang Cik Bunga nak ajukan adalah, kenapa dengan sikap pengurus Hael ya?
Bukan apa, ramai yang sudah merungut, pengurus Hael ini begitu besar kepala sampai semua benda tentang Hael dia nak kawal. Cik Bunga pelik, adakah selama ini, Hael sebenarnya dikongkong si pengurus?
Sampaikan baru-baru ini, rakan-rakan media nak bertanya pasal pembatalan konsert pun pengurusnya cuba halang Hael untuk jawab. Sedangkan, bukanlah isu keterlaluan pun. Kalau jawab secara umum pun tak ada masalah. Janji tidak lari setiap kali ada isu.
Tetapi itulah, kalau betul Hael dikongkong pengurus, maka Cik Bunga tumpang simpatilah dengan penyanyi itu. Bukan apa, tak dapat nak bayangkan apa lagi jenis kongkongan yang terpaksa dihadapi Hael di belakang tabir.
Pada Cik Bunga, beragak-agaklah. Kalau kita mudahkan kerja orang, urusan kita juga akan dipermudahkan-Nya sebagai balasan. Kalau berterusan Hael itu dikongkong, tak lama lagi, makin pudar lah kerjaya seninya, orang dah tak ambil peduli.