Guru KAFA buat dua kerja untuk kelangsungan hidup

Guru KAFA buat dua kerja untuk kelangsungan hidup

LIE menunjukkan cincin perak yang dihasilkan untuk menambah pendapatan keluarga selepas gaji sebagai guru Kafa tidak mencukupi.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tangga gaji RM1,000 yang diterima setiap bulan membuatkan guru Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) terpaksa melalukan pekerjaaan sampingan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, seorang guru yang mahu dikenali sebagai Lie, 35, berkata, setiap bulan dia hanya memperoleh gaji bersih sebanyak RM885 sahaja selepas di tolak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menurutnya, pendapatan tersebut tidak cukup untuk menyara keluarga sehingga terpaksa melakukan kerja lain untuk menambah pendapatan bagi mengukuhkan lagi kantung kewangan.

“Setiap bulan saya memerlukan RM3,000 untuk menampung kehidupan termasuk membayar sewa rumah, kereta, perbelanjaan dapur, keluarga dan sebagainya.

“Itu belum masuk bayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Melihat kepada situasi itu saya terpaksa membuat pekerjaan sampingan dengan menjadi tukang emas dan perak,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Lie memberitahu, hasil kerja sampingan itu dapatkan dia meneruskan kehidupan dalam keadaan serba sederhana.

Katanya, kenaikan kos sara hidup ketika ini membuat berada dalam keadaan tersepit.

“Saya masuk ke sekolah tepat pukul 12 tengah hari dan pulang 6 Petang. Kalau mereka (guru tetap) perlu membuat rancangan pelajaran harian (RPH), kami pun sama.

“Besar harapan saya agar kerajaan dapat menilai semula gaji yang diberikan kepada guru KAFA ketika ini. Bukan kami tidak bersyukur, tapi dalam keadaan hari ini, jumlah tersebut tidak mencukupi kerana perlu menyara keluarga,” ujarnya.

Lie berkata, dia akan memulakan kerja-kerja pertukangan selepas pulang daripada mengajar kelas KAFA.

“Biasanya saya akan berhenti pada pukul 9 malam. Kalau mahu pendapatan lebih saya akan bekerja sehingga larut malam,” katanya.

Seorang lagi Guru KAFA yang mahu dikenali sebagai Nie, 48, berkata, dia terpaksa membuat kuih dan nasi lemak secara kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Katanya, selain perbelanjaan harian dia terpaksa menanggung lima anak yang masih bersekolah dan menyambung pengajian di universiti.

“Suami saya guru KAFA, bila dicampur pendapatan kami ia masih belum mencukupi. Sebab itulah kami perlu bekerja keras.

“Saya berharap benar agar kerajaan dapat mengkaji semula tangga gaji guru KAFA. Walaupun kontrak, sekurang-kurangnya naikan sehingga gaji minimum pun sudah dikira baik,” ujarnya. – UTUSAN

 

LIE menunjukkan cincin perak yang dihasilkan untuk menambah pendapatan keluarga selepas gaji sebagai guru Kafa tidak mencukupi.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×