Fahmi sendiri hadapi masalah kualiti pakej internet

Fahmi sendiri hadapi masalah kualiti pakej internet

FAHMI Fadzil menyampaikan cenderahati kepada tetamu selepas merasmikan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap (Home Internet) di Dewan Penduduk Taman Sri Wang, Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengakui beliau sendiri berdepan masalah berkaitan kualiti perkhidmatan termasuk pakej internet yang ditawarkan pengendali perkhidmatan itu.

Justeru katanya, beberapa langkah sedang diteliti secara lanjut oleh kementerian bagi memastikan kualiti perkhidmatan terutamanya melibatkan pakej Internet daripada syarikat telekomunikasi adalah sama seperti yang dijanjikan kepada pelanggan.

Menurut Fahmi, pihaknya menyerahkan tanggungjawab mengurus dan menyelesaikan isu berkenaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang akan turut melibatkan syarikat-syarikat telekomunikasi yang menyediakan perkhidmatan berkenaan.

“(Saya) setuju (berkaitan isu itu), saya pun hadapi masalah itu, hari ini ada tauke dari TM (Telekom Malaysia), saya guna Unifi dekat rumah tetapi antara (kelajuan) yang dipaparkan dengan yang dapat ada beberapa isu.

“Sesetengah (disebabkan) teknikal, sebahagian lagi (masalah) apabila digunakan waktu itu mungkin waktu puncak, ramai yang guna, mungkin bandwidth itu bukan throttle tetapi ada choke point sedikit, ia berlaku kesesakan rangkaian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap (Home Internet) di Dewan Penduduk Taman Sri Wang, hari ini.

Sementara itu, ketika mengulas masalah berkaitan ‘dropped calls‘ yang berlaku susulan isu teknikal membabitkan perkongsian rangkaian antara menara telekomunikasi, Fahmi berharap ianya dapat diselaraskan antara syarikat-syarikat telekomunikasi menjelang Jun tahun ini.

“Saya sudah umumkan sebelum ini hasrat saya dan pihak kementerian untuk membantu menyelesaikan masalah network sharing, ini berlaku apabila kita pergi dari satu tempat ke satu tempat tetapi mengalami masalah ‘dropped calls‘ akibat daripada isu antara menara.

“Malah, semalam saya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Terap nak ke Alor Setar ada lokasi yang langsung tiada liputan, tadi dari Alor Setar nak ke Sungai Petani pun ada beberapa lokasi yang masa saya tengah bercakap di telefon (tiba-tiba) dropped calls. Saya minta SKMM teliti isu ini,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya