Enam khemah peniaga bazar Ramadan Alor Pongsu rosak akibat ribut - Utusan Malaysia

Enam khemah peniaga bazar Ramadan Alor Pongsu rosak akibat ribut

KEADAAN khemah peniaga yang rosak dalam kejadian ribut di bazar Ramadan Alor Pongsu di Bagan Serai hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Sebanyak enam buah khemah peniaga bazar Ramadan di Alor Pongsu di sini rosak dalam kejadian ribut petang tadi.

Seorang peniaga yang terlibat, Salina Che Tahe, 42, berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 2.30 petang ketika dia berada di hadapan kaki lima sebuah kedai di tapak bazar tersebut.

Menurutnya, ribut menyebabkan beberapa buah khemah peniaga rosak.

“Ada di antara khemah tersebut yang patah tiang besi dan ada khemah yang terkoyak,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang peniaga, Robitah Razak, 37, berkata, dia mendapat tahu tentang kejadian itu setelah dihubungi oleh rakannya yang turut berniaga di tapak bazar tersebut.

Menurutnya, ketika itu dia hanya memikirkan tentang keadaan peralatan berniaga di khemahnya.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, saya lihat dua buah khemah runtuh separuh kerana tiang besinya patah manakala barangan niaga masih dalam keadaan baik,” katanya.

Peniaga laksa, Zurawati Ismail, 49, berkata, dia terpaksa memindahkan semua barang perniagaanya ke khemah kawan-kawan yang berniaga di situ.

“Kawan-kawan tolong angkatkan barang niaga dan memberi tumpang berniaga di tapak mereka.

“Saya bersyukur kerana ketika kejadian ini tidak melibatkan sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di lokasi mendapati khemah yang rosak akibat ribut  sudah dibetulkan semula oleh peniaga bagi membolehkan mereka berniaga seperti biasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya