Dua pengarah syarikat didakwa salah guna harta syarikat - Utusan Malaysia

Dua pengarah syarikat didakwa salah guna harta syarikat

NG Shih Chiow (topi putih) hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi pertuduhan menyalahgunakan harta milik syarikat. - UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua pengarah syarikat Revenue Group Berhad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan harta syarikat mereka tanpa resolusi Ahli Lembaga Pengarah, enam tahun lalu.

Ng Shih Chiow, 50, dan Ng Shih Fang, 47, yang merupakan adik-beradik membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama menyebabkan seorang pegawai CIMB Bank Berhad melupuskan sebuah kereta jenis Toyota Vellfire milik syarikat berkenaan.

Tindakan itu didakwa dibuat tanpa resolusi Ahli Lembaga Pengarah syarikat tersebut dengan mendaftarkannya atas nama Shih Fang (tertuduh kedua).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Genting Kelang, di sini pada 3 Oktober 2018.

Kesalahan didakwa dilakukan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

NG Shih Fang ketika di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi pertuduhan menyalahgunakan harta milik syarikat. – UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh berserta syarat tambahan pasport mereka diserahkan kepada mahkamah.

Peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili adik-beradik itu memohon anak guamnya dilepaskan dengan bon jaminan sendiri atas alasan mereka memberi kerjasama baik sepanjang siasatan.

Hujah peguam itu, mereka tidak berisiko melarikan diri kerana masing-masing mempunyai isteri dan anak di negara ini.

Jelasnya, mereka malah hadir ke mahkamah untuk membersihkan nama daripada pertuduhan ini serta mempertahankan syarikat mereka.

Selain Amer Hamzah, kedua-dua tertuduh turut diwakili oleh peguam Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang juga bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan 14 April untuk sebutan kes.

Sebelum ini media melaporkan Revenue Group Bhd. menggantung fungsi eksekutif Shih Chiow dan Shih Fang berkuat kuasa serta merta sementara menunggu siasatan lanjut berhubung aduan tertentu terhadap mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya