Dua individu cedera, mesyuarat UMNO Lahad Datu kecoh

Dua individu cedera, mesyuarat UMNO Lahad Datu kecoh

ANTARA individu terlibat dalam kekecohan semasa Mesyuarat Perwakilan UMNO di Lahad Datu semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU: Dua individu mengalami kecederaan apabila Mesyuarat Perwakilan UMNO yang berlangsung semalam bertukar kecoh.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Dr. Rohan Shah Ahmad berkata, dua individu yang menimbulkan kekecohan telah pun dikenal pasti iaitu ahli biasa UMNO Bahagian Lahad Datu yang berusia 33 dan 38 tahun.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.45 petang di Dewan Sri Perdana itu, dua individu berkenaan menimbulkan provokasi sehingga mengakibatkan berlaku pergaduhan.

Beliau berkata, akibat pergaduhan tersebut, dua individu iaitu Setiausaha Eksekutif UMNO Sabah dan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Lahad Datu mengalami kecederaan ringan.

“Selepas menerima laporan, sepasukan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu diketuai oleh saya sendiri telah bertindak menghentikan perhimpunan terbabit dan berjaya mengawal keadaan.

“Suspek yang terlibat juga telah dikenalpasti dan pihak penganjur telah diminta hadir ke balai polis untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(3) Akta Perhimpunan Aman 2012 atas kesalahan melanggar syarat-syarat perhimpunan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

Rohan Shah berkata, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi mendapatkan arahan menjalankan siasatan.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar menghentikan penularan video-video dan gambar-gambar mengenai kejadian tersebut kes masih dalam siasatan pihak polis.-utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya