Diana Danielle trending di media sosial

Diana Danielle trending di Twitter

PETALING JAYA: Nama pelakon, Diana Danielle tiba-tiba sohor kini di Twitter gara-gara berita mengenai permohonan cerai yang difailkan aktres itu, hari ini.

Permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil dibuat awal bulan ini atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Permohonan cerai itu disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari dekat sini, pagi ini.

Bagaimanapun, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari enggan melafazkan cerai tersebut.

Difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Permohonan itu akan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.

Menerusi tinjauan di media sosial, rata-rata peminat terkejut dengan berita yang menggemparkan dunia hiburan kerana pasangan tersebut sering dilihat bahagia.

“Selama ini nampak mereka bahagia sahaja. Harap masalah mereka berdua dapat diselesaikan cara baik,” katanya.

“Baru hari itu nampak video Diana puji Farid. Lepas itu, ada nampak video Farid buat TikTok puji Diana. Lepas itu, hari ini cerita pasal perceraian,” ulas netizen.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN