IPOH: Demi mencari dana untuk Pusat Pendidikan Al Barakah di Manjoi di sini, penceramah bebas terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias mendedahkan pernah berceramah dalam keadaan tidak sihat. Bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau yang lebih dikenali Ustaz Kazim berkata, malah untuk menambah sumber dana pusat pendidikan itu, beliau menghasilkan jualan pelbagai produk seperti kopi dan minuman lain. Katanya, belanja pengurusan pusat pendidikannya sekitar RM150,000 sebulan bagi menampung kira-kira 300 orang termasuk…