Danny Chia, Aretha Pan juarai Trofi Tun Ahmad Sarji 2023

Danny Chia, Aretha Pan juarai Trofi Tun Ahmad Sarji 2023

DANNY Chia dan Aretha Pan bersama hadiah kemenangan selepas masing-masing muncul juara kejohanan Trofi Tun Ahmad Sarji 2023 di Saujana Golf & Country Club, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG: Pemain golf berpengalaman negara, Danny Chia bangkit pada hari terakhir kejohanan untuk muncul juara Trofi Tun Ahmad Sarji 2023 di Saujana Golf & Country Club, di sini semalam.

Chia yang berusia 50 tahun terpaksa mengerah keringat dan pengalaman melawan pemain-pemain muda sebelum menang pada kejohanan pembuka tirai itu dan membawa pulang wang tunai RM35,000 tajaan Toyota.

Pada hari terakhir, Chia membenam dua birdie 70 pukulan, untuk mengumpul tujuh bawah par 281 pukulan keseluruhan empat hari kejohanan, mendahului pencabar terdekat, Ervin Chang yang turut cemerlang pada hari terakhir dengan tiga birdie 69 pukulan, secara keseluruhan tiga bawah par 285 pukulan.

Paul San yang muncul pendahulu pada hari pertama dan kedua kejohanan, bagaimanapun gagal mengekalkan rentak cemerlang apabila mempamerkan permainan buruk pada hari terakhir dengan catatan 75 pukulan tiga di atas, 285 pukulan keseluruhan.

Paul San dan Ervin Chang terpaksa berkongsi di kedudukan kedua apabila masing-masing terikat dengan 285 pukulan.

Manakala bagi kategori wanita, Aretha Pan dinobatkan selaku juara apabila cemerlang pada hari terakhir dengan 71 pukulan satu di bawah par untuk mengumpul 294 pukulan keseluruhan empat hari kejohanan.

Dengan kemenangan itu, Aretha Pan membawa pulang wang tunai RM10,000 tajaan Toyota.

Berada di tangga kedua ialah Jocelyn Chee yang turut cemerlang dengan catatan 69 pukulan tiga di bawah pada hari terakhir, namun kebangkitannya gagal mengatasi catatan jumlah pukulan Aretha apabila dia mengumpul 299 pukulan keseluruhan.

Pemain amatur, Charlayne Chong  mengekalkan rentak cemerlang untuk menduduki tangga ke tiga apabila membenam 303 pukulan keseluruhan. – UTUSAN

KEPUTUSAN

LELAKI

  1. DANNY CHIA -7 (70+71+70+70)
  2. ERVIN CHANG -3 (69+70+70+76)
  3. PAUL SAN -3 (75+72+69+69) 
  4. KHOR KHENG HWAI -2 (71+70+75+70)
  5. R. NACHIMUTHU -1 (72+73+70+72)
  6. UMAR KHUSAIRI +2 (72+73+72+73)
  7. AMIR NAZRIN +2 (74+76+69+71)
  8. DAENG ABDUL RAHMAN +3 (73+71+74+73)
  9. DANIAL FAIDZ +4 (71+73+71+77)
  10. RIZAL AMIN +6 (73+74+73+74)

WANITA

  1. ARETHA PAN +6 (71+74+76+73)
  2. JOCELYN CHEE +11 (69+74+80+76)
  3. CHARLAYNE CHONG (A) +15 (79+75+74+75) 
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya