Cawangan kedua Pajak Gadai Islam Ar-Rahn di Baling

Cawangan kedua Pajak Gadai Islam Ar-Rahn di Baling

ZAINUDIN Mohamed (tengah) menandatangani plak ketika merasmikan premis Pajak Gadai Islam Ar-Rahn Cawangan kedua di Baling, Kedah, baru-baru ini. – FOTO/NORLIA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOPERASI Permodalan Kelantan Berhad (KoPKB) telah merasmikan premis Pajak Gadai Islam Ar-Rahn Cawangan kedua di Baling, Kedah, baru-baru ini.

Ia merupakan cawangan ke-36 di seluruh Malaysia dan cawangan kedua di negeri Kedah selepas Ar-Rahn Sungai Petani.

Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Kelantan, Zainudin Mohamed berkata, Ar-Rahn ditubuhkan untuk menyediakan satu platform gadaian bebas riba dan mematuhi syarak sebagai alternatif kepada sistem gadaian konvensional di samping menyediakan perkhidmatan tunai segera yang amat mudah dan cepat.

“Ar-Rahn Cawangan Baling mula beroperasi sejak 16 Februari 2022 dan jumlah pelanggan yang berurus niaga di premis ini melebihi 1,000 orang dengan jumlah pembiayaan mencecah RM3 Juta,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN