Budak jual Hot Wheels di TikTok cari duit poket

Budak jual Hot Wheels di TikTok cari duit poket

MUHAMMAD Khairie Danish Kamal Arifin melayan pengikutnya semasa membuat siaran langsung di TikTok dengan menjual Hot Wheels di Kampung Batin, Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun memanfaatkan aplikasi media sosial TikTok untuk mencari duit poket pada musim cuti persekolahan ini dengan menjual kenderaan mainan jenama Hot Wheels.

Muhammad Khairie Danish Kamal Arifin dari Kampung Batin, Seberang Takir di sini, berkata, dia mula menjual pelbagai jenis kenderaan mainan ikonik berskala kecil itu di media sosial sejak Januari lalu.

Katanya, setelah konsisten memuat naik video selama dua bulan, dia sudah mempunyai 2,367 pengikut TikTok dan salah satu videonya mendapat tontonan tertinggi lebih 432,000.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya pun ada buat siaran langsung di TikTok dan melayan pertanyaan ramai pelanggan yang berminat membeli lebih 130 koleksi Hot Wheels yang dijual.

“Setakat ini, jualan saya hampir mencecah RM500 dan saya akan meneruskan aktiviti jualan di media sosial ini kerana ia lebih mudah dan berkesan.

“Alhamdulillah, ibu bapa saya tidak pernah melarang kerana hobi berniaga melalui TikTok ini dilakukan berhampiran rumah saya dan tidak mengganggu pelajaran kerana dilakukan pada musim cuti sekolah sahaja,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Ditanya apakah cabaran berniaga menggunakan TikTok, Muhammad Khairie Danish berkata, siaran langsungnya pernah terhenti seketika dan disekat disebabkan beberapa faktor teknikal.

Anak kedua dari empat beradik itu menjual pelbagai jenis Hot Wheels berharga antara RM15 hingga RM75 seunit bergantung kepada ciri-ciri tertentu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN