Bina hospital awam di Petaling Jaya - Utusan Malaysia

Bina hospital awam di Petaling Jaya

Hospital
SYAMSUL FIRDAUS MOHAMED SUPRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Petaling Jaya yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi memerlukan sebuah hospital awam untuk kemudahan masyarakat di sana meskipun terdapat banyak pusat perubatan swasta.

Kemudahan tersebut amat diperlukan terutama bagi penduduk dalam kumpulan B40.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Syamsul Firdaus Mohamed Supri berkata, penduduk di bandar raya tersebut kini bergantung kepada hospital terdekat seperti Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) adalah fasiliti kesihatan separa kerajaan, separa swasta. Jadi, PPUM tidak boleh dikatakan hospital awam dan ia bukannya terletak di Petaling Jaya, tetapi di Kuala Lumpur,” katanya ketika sesi perbahasan titah Sultan Selangor di Dewan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Dewan Annex, hari ini.

Jelas Syamsul Firdaus, kemudahan adalah salah satu alasan kuat untuk kerajaan Selangor memohon Kerajaan Persekutuan supaya membina fasiliti tersebut di Petaling Jaya.

“Ini adalah selaras dengan titah Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah) yang meminta pihak kerajaan supaya melihat keperluan fasiliti awam di negeri ini. Justeru diharap ada usaha daripada kerajaan negeri untuk perkara ini,” ujarnya.

Setakat ini, terdapat 10 hospital awam di Selangor berdasarkan maklumat daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya