Berdiri lama pun sudah tidak sakit - Zamani - Utusan Malaysia

Berdiri lama pun sudah tidak sakit – Zamani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Slam, Zamani bersyukur apabila kini sudah boleh berdiri dan duduk untuk jangka masa lama tanpa rasa sakit selepas menjalani pembedahan tulang belakang November tahun lalu.

Kongsi Zamani, keadaan kesihatannya yang semakin stabil juga membuka lebih banyak pintu rezeki untuk dia bekerja mencari rezeki dalam bidang seni.

“Saya masih perlu menjalani rawatan fisioterapi selama tiga bulan. Memang penting sebab doktor ada masukkan besi, jadi mahu beri keserasian kepada tulang belakang.

“Tetapi Alhamdulillah, setakat ini saya sudah mampu berdiri dan duduk buat jangka masa yang lama.

“Doktor juga memberitahu kedaan tulang belakang saya okey. Saya baru bertemu doktor dua minggu lepas dan semuanya baik-baik sahaja,” ujarnya.

Penyanyi lagu Syair Si Pari-Pari itu menghidap penyakit skoliosis sejak 2015 sehingga dia tidak boleh berdiri tegak disebabkan oleh tulang belakangnya mula melengkung.

Dalam pada itu, Zamani turut berkongsi keterujaan apabila bakal mengadakan konsert berskala besar di sebuah lokasi di Kuala Lumpur Ogos depan.

“Tetapi sebelum itu, saya dan Slam akan beraksi di Singapura pada Jun. Memang teruja sebab sebelum ini keadaan kesihatan dan tubuh badan tidak mengizinkan.

“Kali ini pastinya berbeza. Saya lebih bersedia untuk beraksi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya