Belum sedia bawa anak-anak bertemu Ira Kazar - Syamsul Yusof - Utusan Malaysia

Belum sedia bawa anak-anak bertemu Ira Kazar – Syamsul Yusof

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah prolifik, Syamsul Yusof belum bersedia membawa kedua-dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah bertemu isteri keduanya, Ira Kazar.

Jelas Syamsul, sekarang bukan masa sesuai untuk anak-anak berjumpa dengan Ira terutama dengan kemelut rumah tangga yang semakin meruncing.

“Ketika ini saya fikir masanya tidak sesuai kerana banyak hati yang perlu dijaga. Dengan keadaan sekarang ini saya perlu jaga sensitiviti.

“Saya perlu betulkan apa yang berkecamuk dengan isteri pertama (Puteri Sarah) dulu, rasa macam tak manis pula kan.

“Tetapi saya tak mahu menipu anak-anak dan tidak ada masalah untuk memperkenalkan Ira sebagai isteri kedua saya,” katanya.

Dalam pada itu, Syamsul menjelaskan, dia sebolehnya mahu menjaga privasi dan jarang memuat naik gabar atau video berjumpa anak-anaknya di sosial media setiap kali anak-anak berjumpa

“Saya tak mahulah kalau muat naik gambar atau video bersama mereka di sosial media, orang sangka yang saya nak tunjuk baik. Bila tak buat apa-apa hantaran, orang ingat saya tak fikir pasal anak.

“Sosial media ini bukan catatan kehidupan harian saya pun, jadi saya tak perlu nak muat naik semua benda,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.