Bekas ahli Parlimen DAP dilantik semula sebagai Pengerusi SPAN 

Bekas ahli Parlimen DAP dilantik semula sebagai Pengerusi SPAN 

CHARLES SANTIAGO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Klang dari DAP, Charles Anthony Santiago dilantik semula sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Dalam kenyataan hari ini, SPAN memaklumkan, pelantikan itu berkuat kuasa  20 Mac lalu dan penyerahan watikah selaku pengerusi baharu akan dilakukan dalam masa terdekat.

Pelantikan beliau melengkapkan barisan kepemimpinan anggota suruhanjaya baharu SPAN bagi penggal 2023 hingga 2025.

Beliau sebelum ini mempengerusikan suruhanjaya itu sejak November 2018 hingga April 2020, sekali gus menjadi tokoh pertama dari DAP yang mendapat lantikan politik di bawah kerajaan semasa.

Sementara itu, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berharap, aktivis hak asasi manusia itu dapat membantu mencapai objektif agenda Transformasi Sektor Air 2040 (WST 2040) menerusi kepemimpinan yang baharu itu. 

“Saya percaya barisan ini mampu memacu SPAN untuk terus kekal menjadi sebuah organisasi yang progresif, proaktif dan disegani dalam pengawal seliaan perkhidmatan air di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan berdasarkan pengalaman mereka dalam bidang kepakaran masing-masing.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada barisan anggota suruhanjaya terdahulu yang sudah menjalankan tugas mereka dengan berdedikasi,” katanya dalam kenyataan.

SPAN  adalah badan pemantauan bebas ke atas perkhidmatan saliran dan bekalan air di Semenanjung dan Labuan.

Charles Santiago menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018 dengan majoriti 78,773 undi. PRU15 tahun lalu, beliau digugurkan sebagai calon DAP di kerusi berkenaan. 

Ketika itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemuning, V Ganabatirau menggantikan posisi Charles Santiago bagi kerusi berkenaan. 

Beliau memberi alasan pertembungan tujuh penjuru di Parlimen Klang menyebabkan Charles Santiago enggan mempertahan kerusi itu meskipun telah menyandangnya selama tiga penggal. 

Dalam sidang media selepas melancarkan Konvensyen DAP Selangor 2023 di Klang semalam, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan pengkritik kerajaan tidak seharusnya keliru antara syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan badan pengawal selia.

Katanya, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengotakan janjinya untuk tidak melantik ahli politik ke dalam GLC dan syarikat-syarikat utama yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan itu berkata, terdapat kelonggaran yang diberi apabila ia melibatkan badan berkanun dan kawal selia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya