Bazir saja hantar ganja kepada saya - Rafizi

Bazir saja hantar ganja kepada saya – Rafizi

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menganggap tindakan individu yang tidak dikenali menghantar ganja ke pejabatnya dan juga perdana menteri adalah satu pembaziran. 

Menjawab mengenai hal itu secara ringkas, Ahli Parlimen Pandan itu memberitahu, bungkusan tersebut telahpun diserahkan kepada pihak polis. 

“Saya tidak tengok pun bungkusan itu. Orang hantar ganja dan kemudian polis ambillah bungkusan itu. 

“Buang duit sajalah hantar ganja kepada saya kerana saya tidak ambil ganja. Saya tidak tahu siapa penghantar itu.

“Bungkusan itu dihantar ke pejabat saya dan dialamatkan kepada saya dan perdana menteri. Kedua-dua kami tidak ambil ganja. Bazir saja untuk penghantar itu buat demikian,” katanya selepas sidang media di Bangunan Parlimen. 

Terdahulu, Rafizi mengadakan sidang media bagi memaklumkan intipati mesyuarat pertama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) yang diadakan hari ini. 

Beliau dijadualkan akan berucap bagi sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 bagi Kementerian Ekonomi petang ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.