Batal ceramah Ustaz Wadi Annuar selaras enakmen tauliah Selangor - JAIS - Utusan Malaysia

Batal ceramah Ustaz Wadi Annuar selaras enakmen tauliah Selangor – JAIS

MOHD. SHAHZIHAN AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pembatalan dua sesi ceramah Ustaz Wadi Annuar selaras dengan enakmen yang ditetapkan berkaitan pentauliahan mengajar agama Islam di Selangor.

Pengarah Jabatan Agama Islam (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, nasihat yang diberikan kepada penganjur bagi sesi ceramah itu selaras ketetapan mengikut Seksyen 118, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016.

“Enakmen itu menetapkan bahawa hanya Jawatankuasa Tauliah yang mempunyai bidang kuasa memberikan tauliah. Ia bagi pengajaran agama Islam atau apa-apa perkara berkaitan Islam di negeri ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd. Shahzihan, JAIS kesal dengan tindakan individu dan pihak tertentu yang membuat hantaran kurang tepat mengenai prinsipal di media sosial.

“Keadaaan itu mewujudkan persepsi tidak baik terhadap Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah). Ia juga menjejaskan pihak berkuasa agama dan kerajaan negeri Selangor,” tegasnya.

Semalam, laman Facebook Ustaz Wadi Annuar memaklumkan pembatalan sesi ceramah di Shah Alam dan Tanjong Karang pada 10 serta Mac ini.

Ceramah tokoh agama itu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bagaimanapun dijalankan seperti biasa.

Utusan Malaysia bulan lalu melaporkan kuliah maghrib pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus d Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong dibatalkan kerana penceramah itu tidak mempunyai tauliah mengajar tentang agama Islam di Selangor.

Mohd. Shahzihan menegaskan semua individu yang mengajar tentang agama Islam di negeri ini perlu mematuhi undang-undang dan peraturan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya