Bantuan Khas Aidilfitri penjawat awam dibayar 17 April ini

Bantuan Khas Aidilfitri penjawat awam dibayar 17 April ini

SESI libat urus berhubung kajian SSPA diadakan bagi memastikan tiada satu pun penjawat awam yang tertinggal. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2023 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada 17 April ini.

Dalam satu surat edaran yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), semua penjawat awam gred 56 ke bawah yang masih berkhidmat sehingga 17 April 2023 layak menerima bantuan sebanyak RM700 termasuk lantikan 87 kontrak.

Bagi pesara perkhidmatan awam pula akan menerima BKKA sebanyak RM350.

Surat edaran yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr. Zulkapli Mohamed itu menyebut, BKKA tahun ini turut dipanjangkan kepada pesara kerajaan berpencen, penerima pencen terbitan, pesaran Skim Kumpulan Simpanan Pekerja, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.

“Bagi pesara dan veteran yang dilantik semula secara lantikan tetap, sementara dan masih berkhidmat pada 17 April 2023 layak menerima RM700,” katanya.

Dalam pembentangan Belanjawan 2023 lalu, kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri itu sebagai menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam.

BKKA Tahun 2023 turut dibayar kepada pegawai lantikan MySTEP, guru interim, pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas serta Gred khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya.

Ini termasuk pemandu yang dilantik sendiri oleh anggota pentadbiran serta hakim dan pesuruhjaya kehakiman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya