Bangunan tambahan SJKT Sungai Bakap masih dirunding - Utusan Malaysia

Bangunan tambahan SJKT Sungai Bakap masih dirunding

FADHLINA Sidek ketika melancarkan projek Smart Classroom di SK Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini. -Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Keputusan berhubung kelulusan pembinaan bangunan tambahan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Sungai Bakap dekat sini masih belum dimuktamadkan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, perbincangan masih diteruskan di samping mengambil kira beberapa faktor penting lain sebelum sebarang keputusan diambil berhubung projek terbabit.

“Saya fikir dari sehari ke sehari, perbincangan sentiasa dilakukan dan dua minggu lepas saya sudah berjumpa dengan guru besar dan wakil sekolah untuk berbincang, malah hari ini akan ada lagi perbincangan.

“Perbincangan masih diteruskan, tidak timbul isu ada sebarang keputusan muktamad atau tidak.

“Tetapi untuk pendidikan anak-anak ini, kita sentiasa beri serta buka ruang luas untuk perbincangan dari semasa ke semasa, jadi jangan risau,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan pembinaan bangunan tambahan sekolah itu selepas melancarkan Program Smart School yang dianjurkan Yayasan AEON dengan kerjasama Yayaysan Didik Negara di Sekolah Kebangsaan (SK) Mengkuang, di sini hari ini.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal menambah, antara aspek rundingan yang diambil kira meliputi kepentingan perkembangan dan isu berkait dengan pendidikan di sekitar kawasan tersebut.

“Surat yang dikeluarkan itu bukan memuktamadkan, sebaliknya hanya satu pandangan yang mengikut proses.

“Tiada masalah mengenai surat itu, tetapi proses lain untuk mencari jalan penyelesaian isu-isu yang menjadi kebimbangan kepada guru besar sekolah dan komuniti masih diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy melahirkan rasa terkilan terhadap keputusan Jabatan Pendidikan negeri untuk menghentikan pembinaan bangunan baharu SJK(T) Sungai Bakap.

Kata Ramasamy, projek itu tidak boleh diabaikan begitu sahaja selepas mendapat peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

Difahamkan, Kerajaan Persekutuan telah memberi peruntukan awal sebanyak RM3.5 juta dan memperuntukkan tanah seluas kira-kira 1.6 hektar pada 2015 untuk pembinaan bangunan baharu sekolah terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya