GUA MUSANG: Pengguna jalan raya di sekitar bandar ini resah apabila lampu isyarat di jalan utama Gua Musang-Kuala Krai berhampiran sebuah restoran makanan segera kerap kali rosak selain lambat untuk dibaiki. Situasi itu menyebabkan mereka berdepan risiko kemalangan terutama ketika waktu puncak disebabkan pertambahan kenderaan yang tinggi kerana jalan tersebut merupakan laluan utama ke Kota Bharu dan Kuala Lumpur. Seorang penduduk, Zamri Che Hasan, 45, berkata, sejak seminggu lalu lampu…










