10 wanita paling berkuasa di dunia 2025

10 wanita paling berkuasa di dunia 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUA wanita terkenal Nigeria, Ngozi Okonjo-Iweala dan Mo Abudu sekali lagi tersenarai dalam 100 wanita paling berkuasa di dunia untuk 2025 oleh mahalah Forbes.

Ngobi selaku Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Ketua Pegawai Eksekutif Ebony Life, Abudu, muncul bersama tokoh global lain termasuk Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen yang menduduki tempat pertama dalam senarai tahun ini.

Selain itu, buat pertama kalinya bintang realiti televisyen dan pengasas bersama Skims, Kim Kardashian, turut tersenarai.

Penyanyi popular Amerika Syarikat (AS), Taylor Swift, juga ‘menghiasi’ senarai ini, sekali gus mencatat sejarah sebagai pemuzik pertama yang mencapai status tersebut semata-mata melalui lagu dan persembahan.

Senarai Forbes tahun ini menonjolkan wanita yang bukan sahaja berkuasa, tetapi juga memberi inspirasi melalui pencapaian mereka dalam bidang ekonomi, hiburan dan kepimpinan global.

Menurut Forbes, empat metrik utama iaitu wang, media, impak dan bidang pengaruh menjadi asas penentuan penarafan tahun ini.

Ia juga mengambil kira enam sektor iaitu perniagaan, teknologi, kewangan, media dan hiburan, politik dan dasar serta kedermawanan.

Senarai 100 Wanita Paling Berkuasa di Dunia oleh Forbes menampilkan wanita yang menonjol dalam bidang teknologi, kecerdasan buatan (AI), ketua negara, ketua pegawai eksekutif dan pengasas syarikat, eksekutif kewangan serta inovator budaya.

Berikut merupakan 10 kedudukan teratas dalam senarai wanita paling berkuasa di dunia tahun ini:

URSULA VON DER LEYEN

Beliau merupakan wanita pertama yang memegang jawatan Presiden Suruhanjaya Eropah dan bertanggungjawab terhadap rang undang-undang yang memberi kesan kepada lebih 450 juta rakyat di rantau itu.

CHRISTINE LAGARDE

Lagarde menjadi wanita pertama yang mengetuai Bank Pusat Eropah pada 1 November 2019.

SANAE TAKAICHI

Pada Oktober 2025, Takaichi dipilih sebagai Perdana Menteri Jepun, menjadikannya wanita pertama dalam sejarah negara yang memegang jawatan tersebut.

GIORGIA MELONI

Pada 22 Oktober 2022, Meloni dilantik sebagai Perdana Menteri Itali, wanita pertama dalam sejara negara yang memegang jawatan itu.

Beliau juga merupakan Presiden parti sayap kanan, Brothers of Italy, yang diasaskannya pada 2012.

CLAUDIA SHEINBAUM

Sheinbaum mencipta sejarah apabila dipilih sebagai presiden wanita pertama Mexico, dengan kemenangan besar pada Jun 2024.

Dilahirkan dalam keluarga Yahudi di Mexico City, beliau juga merupakan Presiden Yahudi pertama di negaranya.

JULIE SWEET

Beliau menjadi Ketua Pegawai Eksekutif syarikat perkhidmatan global Accenture pada September 2019.

Sweet juga berkhidmat dalam Meja Bulat Perniagaan, Majlis Perniagaan Antarabangsa Forum Ekonomi Dunia dan lembaga pengarah Catalyst.

MARY BARRA

Sejak 2014, Barra memimpin General Motors (GM), menjadi wanita pertama yang mengetuai satu daripada tiga pengeluar automotif terbesar di AS.

JUNE FRASER

Dilantik pada Mac 2021, Fraser menjadi wanita pertama dalam sejarah Citi yang memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif. Beliau juga wanita pertama yang mengetuai bank utama di Wall Street.

ABIGAIL JOHNSON

Johnson menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Fidelity Investments sejak 2014 selepas mengambil alih daripada bapanya, dan menjadi pengerusi sejak 2016.

LISA SU

Su mengetuai syarikat semikonduktor Advanced Micro Devices (AMD), yang mencatat pemulihan paling signifikan dalam sektor teknologi baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×