Azam Baki sahkan Muhyiddin didakwa lagi babit pengubahan wang haram 

Azam Baki sahkan Muhyiddin akan didakwa lagi babit pengubahan wang haram 

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki mengesahkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),  Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi akan dihadapkan ke mahkamah Isnin ini bagi pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).

Katanya, pertuduhan Ahli Parlimen Pagoh dilakukan di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Beliau berkata, pertuduhan di bawah AMLATFPUAA terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu ekoran siasatan melibatkan kes projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) yang disiasat suruhanjaya berkenaan.

“Muhyiddin akan dituduh di bawah AMLATFPUAA di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Isnin ini,” katanya.

Menurut Azam, mengikut Seksyen 4(1)(b) AMLATFPUAA 2001, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Semalam, Muhyiddin didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur enam pertuduhan selepas didakwa menggunakan kedudukan bagi mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua lagi pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN